CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 6, 2010

Five-minutes break

I am still transcribing the interview... but felt a little bit sleepy. I guess, I need to write something. I found a very useful article from Prof. Muhd Kamil's blog. This was what he wrote with regards to presenting our writing:

Dalam tempoh dua bulan yang lepas saya menerima dua tesis sebagai pemeriksa luar. Tesis pertama saya baca dan terus berhenti. Pandangan pertama pemeriksa menyatakan “ia tidak sepatutnya dihantar”. Kenapa? Teksnya kelam kabut. Ada double spacing, ada single spacing. Jadual-jadual yang disusun di “cut and paste”. Susun aturnya tidak mengikut format penulisan tesis.Ia hanya pandangan pertama. Dan pandangan ini sepatutnya boleh dikawal oleh pelajar tersebut. Ia bukan memerlukan kepakaran luar biasa.

Saya menggambarkan beliau sebagai seorang yang cincai.

Tesis kedua yang diterima selang seminggu dibaca dan ia amat menyenangkan hati pemeriksa.Apakah yang dilakukan oleh pemeriksa? Maksud saya, saya sebagai pemeriksa. Pertama, saya melihat secara keseluruhan tesis tersebut. Memegang-megang dan membelek-belek tanpa tujuan. Jika ia tesis yang teruk [penulis sangat cincai] pelbagai kesilapan tesis akan dapat dilihat melalui proses ini.

Siapa kata wajah tidak penting?

Kedua, saya membaca abstrak, melihat isi kandungan, jadual-jadual dan menoleh kepada rujukan yang ditulis di belakang. Apakah rujukan yang terakhir? Lalu saya membuat keputusan mahu meneruskan bacaan atau mencari mood lain supaya beliau tidak dihukum berdasar pandangan pertama.

Tesis kedua, VIVA hanya terlangsung 30 minit dan keputusannya Lulus tanpa Syarat. Kedua-dua pemeriksa – dari dua universiti berbeza - bersetuju begitu. Terdapat pembetulan-pembetulan tersangat minor tidak direkodkan. Ia masih perlu dibetulkan dengan seliaan supervisor.

Tesis pertama, VIVA berlangsung hampir sejam. Saya mempunyai 18 komen dan pemeriksa yang satu lagi mempunyai 50 komen bertulis. Keputusannya, “Lulus dengan pembetulan major. Ia perlu dibetulkan tidak kurang dari enam bulan dan tidak boleh melebihi setahun”.

PhD…… ia diri kita!


Reading the above posting really gives a great impact to me. His writing reminds me that everything needs to be checked before submitting draft(s) to our supervisor or committee members. Don't take something lightly when it comes to submitting our works especially works related to our phd... "it's your life" as what Prof Muhd Kamil claims. As a human, we surely know that someone is not serious when his/her work resembles that he/she just want to get over with something (i.e. to complete the write-up). I also go for neatness when it comes to submitting works...it has to be this way. However, we're not perfect. Ok, I need to pen-off here. Got to continue transcibing the interview ;-)

0 comments: