CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 13, 2010

Melangkah Gagah: Urus Kerjaya Anda

Ini adalah buku pertama yang ditulis bersama rakan sekerja, Ida Rizyani Tahir. Buku ini telah ditulis seawal tahun 2008 lagi. Tetapi disebabkan komitmen lain yang perlu diutamakan, maka ianya dicetak pada tahun ini. Buku ini ditulis untuk memberi panduan kepada siswazah terutama yang berada pada tahun akhir atau lebih spesifik lagi pada sesiapa yang baru melangkah untuk bekerjaya. Penulis memuatkan cadangan dan tip-tip yang praktikal untuk dimanfaatkan kepada pembaca golongan ini. Ianya juga ditulis menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Setiap bab mempunyai dialog khusus untuk memberi gambaran kepada pembaca akan kandungan bab tersebut. Selain dari itu, ianya juga dipersembahkan secara santai dengan ilustrasi kartun dan 'font' yang menarik. Antara kandungan buku ini adalah "Ketahui Pasaran Kerjaya Anda", "Penjenamaan Diri", "Kerjaya Kedua", "Pemeriksaan Karier" dan pelbagai lagi kandungan yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Buku ini boleh didapati daripada Unit Penerbitan Universiti Malaysia Pahang (UMP) atau pesanan boleh ditujukan kepada zurainaali@gmail.com atau rizyani@gmail.com, rizyani@yahoo.com.

Muka hadapan buku Melangkah Gagah: Urus Kerjaya Anda. Putih menggambarkan bakal graduan yang bakal memasuki Dunia Sebenar alam pekerjaan.


Antara bab didalam buku Melangkah Gagah: Urus Kerjaya Anda yang dimuatkan pelbagai grafik. Kandungan bab diharapkan dapat membantu bakal graduan merancang kerjaya dengan lebih efektif.

0 comments: